Follow The Rythm


Saturday, July 30, 2011

Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum..


Selamat hari Sabtu semua. semoga hujung minggu anda diberkati oleh Allah. Hari ni selesai urusan yang penting. iaitu sign agreement. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. hari tu my GFF yang lagi sorg ni Nadia Amelia mintak resepi kek coklat lembab sebab dia nk buat untuk kawan-kawan opis dia. semalam dia da buat and kek tu menjadi. lega sangat dengar. dorg yang lain pn kata oke tapi kurang manis sikit. jadi, kalau yang suka manis tu tambahkan sikit gula lagi k. ni resepinya.


kek coklat kukus saya~ (=
Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
4 biji telur
1 cawan air
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicabonate soda

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk besar.
2. Pukul semua bahan sehinggga sebati.
3. Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 40 minit.

Ni masa baru kua dari periuk kukus.

ni yang Nadia Amelia buat.
patut diberi pujian sebab ni 1st try dia.
Alhamdulillah.
nanti buat lg k nad.
(=

Selamat Mencuba
:)

4 comments:

  1. yg ni pun ak nak try buat gak la... =)
    nmpak cam best..
    agreement? agreement kahwin ka?
    hahaha

    ReplyDelete
  2. haa.try la buat. suka sangat bila ada yang sudi nk try resepi yang ada kat sini ya. (=

    agreement kahwin? hehe.tak la.
    its too early for me.
    agreement uma sewa.

    -Fadz-

    ReplyDelete
  3. hahaha..wey malu larh kek aku xbapa nk mnjadi..

    ReplyDelete
  4. jadi la tu nad. hehe. nampak sedap sgt.

    ReplyDelete