Follow The Rythm


Wednesday, August 17, 2011

Puding Roti Bakar

Assalamualaikum..

Lamanya tak update blog ni. saya agk sibuk sejak kebelakangan ni. yela, dengan persiapan nak raya lagi. nak sambung belajar lagi. jadi, hari ni sempat la nk update pasal resepi baru. ni baru buat semalam. resepi ni asalnya jumpa kat blog sorg blogger ni. tapi sy modify sikit. (=

Bahan-bahan:

Untuk caremel:-
1/2 cawan gula
4 sudu air panas

5 keping roti
2 biji telur
1/2 penutup tudung esen vanila (1/2 sudu kecil)
3/4 tin susu cair
2 sudu besar gula
sedikit butter
sedikit kismis atau choc chip sebagai hiasan


Cara-cara:

1. Masukkan 1/2 cawan gula ke dalam kuali. apabila gula sudah perang, masukkan air.

2. Tuang gula tersebut ke dalam loyang. dan ketepikan.

3. Sapu butter pada sebelah bahagian roti. Kemudian, potong roti menjadi 4 bahagian. buat untuk semua kepingan roti. ketepikan.

4. Di dalam bekas yang bersesuaian, masukkan telur, susu cair, esen vanila dan gula. kacau sehingga sebati.

5. Apabila sudah sebati, masukkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah berisi caremel sebentar tadi.

6. Kemudian susun roti di dalam loyang tersebut. susun mengikut cita rasa sendiri. ( tapi sy susun dua lapis )

7. Setelah selesai, masukkan ke dalam ketuhar selama 5-10 minit. Keluarkan dari ketuhar jika anda lihat puding anda telah sedia untuk di makan. (suhu tak tau sbb sy guna microwave oven. maaf.)


SELAMAT MENCUBA
(=

Saturday, August 6, 2011

Biskut Coklat Cip

Assalamualaikum..

Selamat Berpuasa semua. Semalam entah kenapa tiba-tiba rasa nk buat biskut coklat. saya pn search la resepi kt myresepi.com. pastu jmp la. Alhamdulillah. ni dia biskut coklat cip yg saya buat semalam. buat suka-suka je untuk makan masa berbuka. (=

Bahan-bahan:

1 1/3 cwn tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1/2 cwn butter-suhu bilik
1/3 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur -suhu bilik
1 cwn coklat chip


Cara2:


1. panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 170C.

2. ayak tepung,soda bikarbonat,garam-ketepikan

3. pukul butter dgn gula sampai berkrim (dlm 3 minit).masukkan 
vanilla,pukul sekejap.kemudian masukkan telur,pukul lg sekejap.

4. kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit,pukul sekadar utk sebatikan semua adunan td

5. akhir sekali masukkan separuh daripada coklat chip dan gaul sebati.

6. alas dulang pembakar dgn paper sheet n bulatkan adunan td sebesar ibu jari n tekan sikit bg leper,letak atas dulang,jarakkan krn biskut ni akan mengembang n susun pulak coklat chip diatasnya(ikut citarasa nk bnyk mana)

7. bakar selama 15 min utk biskut yg chew atau 18 utk biskut yg ranggup atau pd bahagian bwh biskut tu sudah nampak kekuningan (tp bergantung pd oven msing2 jg)saya bakar cuma 15 min je lg sedap.sejukkan sebelum disimpan dlm bekas.mcm buat biskut2 lain jg la.

Note:adunan ni agak lembik skit so masa nak bulatkan tu,sapu tepung skit pada tangan. 

  • Ni baru separuh daripada biskut tu.
    yang lain tengah dibakar

  • SELAMAT MENCUBA
    :)

Wednesday, August 3, 2011

Yusof Islam


Assalamualaikum..


Hari ni nak kongsikan dengan semua pasal Yusof Islam. Beliau dilahirkan sebagai seorang yang beragama kristian. Nama beliau ialah Cat Steven. Beliau memilih nama sebagai Yusof Islam selepas beliau memeluk Islam. Ikuti kisah lanjut mengenai beliau.


Cat Stevens yang bertukar menjadi Yusof Islam, masuk Islam kerana sebuah buku “Terjemahan Al-Qur’an”, yang diterjemahkan oleh A. 
Yusof Ali.


Abang Cat Stevens adalah seorang paderi yang cukup kuat Kristiannya. Tiba-tiba abangnya masuk Islam. Pada mulanya Cat Stevens terkejut, dia terfikir bagaimanakah seorang paderi boleh masuk Islam. Akhirnya dia menyimpulkan bahawa abangnya jenis orang gila, sekejap kuat agama Kristian, kemudian menjadi penganut agama Islam pula.


Cats Stevens terus menjalani hidupnya sebagai seorang penyanyi, sibuk dengan pertunjukan pentas sana sini. Pada satu hari, ketika hari jadinya, abangnya yang telah masuk Islam datang ke rumahnya ketika Cat Stevens sedang mengadakan parti hari jadinya. Abangnya mengucapkan selamat hari jadi dan terus menghadiahkan satu bungkusan dan berkata “Benda ini benda suci, tolong letakkan di tempat suci dan jangan kamu hina.” Dia pun ambil dan letakkannya di meja bilik tidurnya.


Setelah habis pesta hari jadinya ketika dia mahu tidur, dia teringat dengan bungkusan yang diberikan oleh abangnya. Apabila dia buka bungkusan tersebut, itulah pertama kali dia terlihat sebuah buku dengan perkataan di kulitnya THE HOLY QU’RAN (Kitab Suci Al-Qur’an). Apabila dia melihat sahaja kitab itu dia terasa sesuatu yang ganjil dalam hatinya.


“Aku buka buku dan aku cuba baca maknanya yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, dari satu perkataan ke satu perkataan, dari satu ayat ke satu ayat, aku baca! Baca! Baca! Aku terasa satu macam dalam diriku. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkannya tetapi aku memang rasa satu macam. Bermula dari situ, ke mana saja aku pergi, baik ke pertunjukkan pentas atau latihan muzik atau ke mana saja, aku bawa buku itu, aku bawa dalam beg pakaianku. Apabila selesai pertunjukkan pentas, balik ke hotel aku akan sambung baca. Begitulah dari semasa ke semasa.”


Akhirnya Cat Stevens memasuki agama Islam dan menjadi penganut agama yang begitu taat sehingga dia menjadi pendakwah Islam pula sehingga sekarang ini. Namanya Cat Stevens juga ditukar kepada Yusof Islam.


Begitulah keadaannya apabila seseorang itu memahami Islam sebelum masuk Islam. Dia memahami setiap seelok-belok dan hukum Islam serta hati sanubarinya benar-benar yakin dengan Islam, barulah dia masuk Islam. Apabila sudah yakin, imannya tidak bergoyang.




sumber: Inilah Kebenaran

Tuesday, August 2, 2011

Agar-agar Santan

Assalamualaikum..

Selamat Berpuasa. (=
Tadi sebelum berbuka sempat buat agar-agar santan ni. simple je cara nk buat dia. jom kita tgk resepi kat bawah ni.


Bahan-bahan:

2 cawan santan
1 liter air (5cawan)
1 cawan gula merah
1 biji telur
2 cawan santan (1paket)
1 cawan gula halus
1 paket serbuk agar-agar (10g)


Cara-cara:

1. Masukkan air dan serbuk agar-agar di dalam periuk dan masak sehingga mendidih
2. Masukkan gula halus dan gula merah. Tunggu sehingga mendidih sekali lagi.
3. Campurkan telur dan santan. Gaul sebati dan tapiskan.
4. Masukkan telur dan santan yang telah ditapis tadi ke dalam periuk yg mengandungi gula merah tadi.
5. Tunggu sehingga mendidih sebentar.
6. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.
8. Potong atau terbalikkan bekas tersebut ke dalam pinggan dan sedia untuk dimakan.

Ni hasilnya! jeng2~


SELAMAT MENCUBA
:)

Cheese Cake


Assalamualaikum..

Kali ni resepi cheese cake plak. ni permintaan dari cik nadia amelia tu ler. hihik. tiba-tiba pagi ni dia nk resepi cheese cake plak. jadi, ini la dia nadia. ni resepi dari salah sorg kenalan saya masa kat skola dlu. try la buat k. simple je. ni saya copy paste dari emel yg dia dah sent hari tu.

Base:

130gram biskut digestive (kalau tade boleh ganti dengan biskut marry)
2 sudu besar butter

-hancurkan biskut lepas tu gaul ngan butter dah sebati masokkan dalam loyang tekan padat2.. kalau ade loyang yang jenis boleh bukak lagi bagoz.. coz nanti nak kuakan

Agar2:
130ml air
1 setengah sudu serbok agar2

- larutkan agar2 dengan air

Cream:

250gram cheese cream (philidephia)
300ml yogurt (suke aty la perase pe blueberry ke strawberrty ke lemon ke)
100gm gula kastor
100gm ice-cream vanila

Cara-cara:

1. Pukul gula ngan cheese sampai kembang pastu masokkan ice-cream n yogurt lepas tu masukkan campuran agar2 tu pastu kacau ok.. hiasan wat suke rase.. buboh je buah banyak2

2. Lepastu tuangkan bancuhan tu atas base tadi.. masokkan dalam peti ais n sejukkan.. lagi sejok lagi best.. tadaa~ da bole makan

**sume bahan ade dekat tesco o jusco

taraaa~ ni la hasilnya.sedapnyaaaa!

SELAMAT MENCUBA
(=


p/s: untuk pengetahuan, saya pn belum try lg buat kek ni.huhu.maaf2~ nti sy try buat ye mei-mei (pemberi resepi)