Follow The Rythm


Sunday, July 31, 2011

Al-fatihah buat Ashraf

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsikan pasal cerita seorang dari saudara seagama kita sorg ni. Innalillah.. beliau telah kembali ke rahmatullah pada pagi semalam ( Sabtu / 30.7.2011 ).

Nama penuh arwah Ashraf Hafiz Abdul Aziz. beliau dikatakan kemurungan selepas mahkamah menolak permohanan beliau untuk menukar nama kepada Aleesya Farhana. Kedua ibu bapa arwah mendakwa beliau mempunyai sifat dan ciri kewanitaan yang sangat kuat sejak dari bayi lagi. Terdapat beberapa golongan yang tidak berperikemanusiaan telah mendoakan supaya arwah mati selepas kes arwah disiarkan di media. mungkin sekarang mereka gembira dan berpuas hati kerana doa mereka dimakbulkan.

Tetapi pernah tak anda berfikir? Arwah tidak pernah meminta untuk dilahirkan dalam keadaan begini. segala yang terjadi adalah kehendak Allah. Dia Maha Mengetahui. marilah kita bersama-sama mendoakan supaya rohnya dicucuri rahmat. tidak perlu saya ulas dengan lebih lanjut keran kita tidak mengetahui apa-apa. semuanya adalah antara arwah dan Allah. kepada yang masih hidup hentikanlah dari menuding jari ke arah orang lain. janganlah berfikiran negatif sesama sndri. banyakkan amal ibadat dan percukupkanlah amalan ke akhirat kelak. aminn...

Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk di sini.

Saturday, July 30, 2011

Perkara ringan yg meyekat REZEKI

Assalamualaikum..


Artikel ini adalah bertujuan untuk berkongsi info dengan anda semua.


Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. 


Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.

2tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.

3. makan atas pinggan yang terbalik.

4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..

5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.

6. berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.

7. suka bersandar pada pintu rumah.

8. suka duduk di atas tangga.

9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.

10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.

11. tidak membersihkan rumah.

12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.

13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.

14. suka tidur di atas muka.

15. membakar kulit bawang.

16. menjahit baju yang sedang dipakai.

17. mengelap muka dengan baju.

18. berdiri sambil bercekak pinggang.

19. tidur tidak memakai baju.

20. makan sebelum mandi hadas.

21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.

22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.

23. lambat pulang dari masjid.

24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.

25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.

26. suka memadam pelita dengan nafas.

27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.

28. membasuh kaki dengan tangan kanan.

29. membuang air kecil pada air yang mengalir.

30. memakai seluar sambil berdiri.

31 memakai serban sambil duduk.

32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.

33. makan dengan menggunakan dua jari.

34. berjalan di antara kambing.

35. berjalan di antara dua perempuan.

36. suka mempermainkan janggut.

37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.

38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.

39. suka menggigit kuku dengan mulut.

40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.

41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.

42. menguap ketika solat.


43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


Sumber: Setanggi Syurga

Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum..


Selamat hari Sabtu semua. semoga hujung minggu anda diberkati oleh Allah. Hari ni selesai urusan yang penting. iaitu sign agreement. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. hari tu my GFF yang lagi sorg ni Nadia Amelia mintak resepi kek coklat lembab sebab dia nk buat untuk kawan-kawan opis dia. semalam dia da buat and kek tu menjadi. lega sangat dengar. dorg yang lain pn kata oke tapi kurang manis sikit. jadi, kalau yang suka manis tu tambahkan sikit gula lagi k. ni resepinya.


kek coklat kukus saya~ (=
Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
4 biji telur
1 cawan air
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicabonate soda

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk besar.
2. Pukul semua bahan sehinggga sebati.
3. Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 40 minit.

Ni masa baru kua dari periuk kukus.

ni yang Nadia Amelia buat.
patut diberi pujian sebab ni 1st try dia.
Alhamdulillah.
nanti buat lg k nad.
(=

Selamat Mencuba
:)

Follower Pertama

Assalamualaikum..

Akhirnya blog ni dah ada sorang follower. hihik. Terima kasih kepada follower pertama tu. Hidayah Dzulkifli. dia sebenarnya kawan baik saya. GIRL FRIEND FOREVER (GFF). Kami dah berkawan selama 3 tahun. tinggal bersama di dalam satu bilik yang sama semesa belajar di Kolej Unikop. susah senang dah dilalui bersama. thanx sebab jadi follower pertama saya ye. hehe. semoga Allah memberkati persahabatan kita nih.

Ini reward untuk 1st follower saya.
harap cik yaya dapat trima reward ni dan hiaskannya di blog beliau.
hihik
sory sbb tak kretif.
ini saja yg mampu saya lakukan untuk menghargai anda yaya.
harap sudi terima.
(:

Rupa Kiamat

*Pesanan: Jika anda mempunyai masa yang lapang sila lah baca sehingga titik akhir. Terima Kasih*

Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi



p/s: saya cuma copy paste article ni. terima kasih kepada sesiapa yang dah baca sampai habis. semoga Allah memberkati hari-hari anda.

Subhanallah

Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Jikalau Allah Ta'ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah si Fulan itu (wahai Jibril). Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang seluruh penghuni langit dan memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah si Fulan itu. Para penghuni langit pun lalu mencintainya. Setelah itu diletakkanlah kecintaan padanya di kalangan penghuni bumi."

SUBHANALLAH
(Muttafaq 'alaih)

hidayah Allah tu mahal dan tinggi nilainya

Assalamualaikum..

Perubahan ke arah kebaikkan. siapa yang tanak berubah kan? sesungguhnya nak berubah tu susah. dan hidayah Allah tu mahal dan tinggi nilainya. sekali seorang tu da dapat hidayah dari Allah maknanya Allah sayangkan dia. jadi, hargailah hidayah dari Allah tu.

Memang kita tak perlu nak hebah2kan perubahan kita dan tunjukkan perubahan kita pada orang lain. tapi, kalau kita terus macam biasa boleh ke orang percayakan perubahan kita? kalau kita terus dengan perangai yang dulu mcm mana? janganlah terus berfikiran negatif dan melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya. Jadi, sentiasa lah mintak kat Allah supaya Allah perelokkan akhlak kita supaya semua orang suka dan selesa dengan kita. jangan berfikiran negatif pada orang yang nk berubah. malah, bimbinglah dia dan sokonglah perubahan tersebut. Allah akan memberkati hidup kamu.

Ilmu saya masih belum cukup untuk saya berkata-kata dengan lebih lagi. masih banyak yang perlu saya pelajari untuk memperbaiki kekilafan diri ini. saya akan terus berkongsi benda-benda yang baik dari sumber-sumber yang saya temui. InsyaAllah.



p/s: saya betul-betul bersyukur kerana telah dikurniakan keluarga dan kawan2 yang sangat sayangkan saya. Alhamdulillah yaAllah. i love you all for the sake of Allah~

Friday, July 29, 2011

Terima kasih Safee, Fahmi dan pemain Malaysia yang lain!

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. walaupun jam dah pukul 2:57 am tapi tetap tak mengantuk lagi. mungkin sebab tengok bola tadi kot. ;p
Tade kena mengena kan? Okay, berbalik kepada tajuk. terima kasih banyak Pasukan Harimau Malaya sebab dah mengharumkan nama Malaysia. Kenapa? kalah pn still harumkan nama Malaysia ke? Mesti la kawan2. sebab tak kesah la menang atau kalah dorg semua tetap da mengharumkan nama Malaysia. ingat senang ke nak kejar sebijik bola selama 90 minit. ades! penat tuh. yang mampu dan diberi kebolehan oleh Allah je mampu buat macam tu.


Apa-apa pn malam tadi Fahmi betul2 dah buat yang terbaik. dah banyak kali dia selamatkan Malaysia dengan kehebatan dia tuh. Tahniah bro! Kepada Safee plak, tahniah jugak sebab dah memberikan harapan dan sinar kegembiraan kepada semua rakyat Malaysia. Tahniah sangat2! anda memang hebat. walaupun ada raut kecewa kat muka Safee sepanjang perlawanan tadi, dia tetap boleh melakukan yang terbaik.
Pemain lain pn hebat jugak. Tahniah korang! terima kasih banyak. =) semoga bola sepak negara kita akn lebih maju pada masa akan datang.


Dengan apa yang kita nampak tadi, Singapura banyak gunakan taktik yang tak sepatotnya dorg guna kn? tapi nk buat macam mana. Dorg ada director yang sangat hebat. sebab tu dorg boleh jadi pelakon-pelakon yang sangat hebat. terasa macam pasukan negara kita teranaya je tadi. tapi, biarkan dorg. sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. Dia tahu segala-galanya. Kalau dorg menang dengan cara kotor pn buat apa kn. kita kalah bermaruah. Tak dapat masuk piala dunia pn tak pe. kepada semua pemain-pemain negara kita, jangan down k. teruskan semangat anda semua untuk terus mengharumkan nama Malaysia. Kami sentiasa menyokong di belakang! (=

 Malaysia Boleh!
:D

Puding Roti Karemel

Assalamualaikum..

Hari tu lepas buat kek cream cracker tu saya wat puding roti karemel plak. resepi ni dari buku "Puding dan Desert" penulis, Chef Hanieliza. Buku ni best sebab sukatan untuk semua resepi-resepi yang dia bagi tu senang je nk ikut. ni buku pertama yang saya gunakan untuk belajar memasak. dan buku ni sangat membantu. Puding roti ni simple je. Bahan-bahan pn senang nak dapat.

Bahan-bahan:

Bahan A (Karemel):
1/2 cawan gula
1/2 cawan air

Bahan B (Puding roti):
10 keping roti (di koyak)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung kastard
1 cawan air
1 tin susu cair (400 ml)
1/2 cawan gula

Cara-cara:

1. Untuk bahan A, masukkan gula di dalam kuali dan masak gula sehingga menjadi warna kekuningan.
2. Kemudian masukkan air dan gaul sehingga gula larut.
3. Tuang bahan A (karemel) ke dalam loyang dan ke tepikan.

1. Untuk bahan B, gaul sebati kesemua bahan B di dalam mangkuk besar.
2. Apabila sudah sebati, masukkan adunan ke dalam loyang berisi bahan A iaitu karemel tadi.
3. Kukus puding selama 30 - 40 minit.
4. Setelah masak, tunggu sehingga sejuk dan terbalikkan puding yang telah masak ke dalam pinggan yang bersesuaian dengan perlahan-lahan.
5. Hasilnya pasti memuaskan.

ini hasil yang telah memuaskan hati saya. :)


SELAMAT MENCUBA
=)

Thursday, July 28, 2011

Cream Craker Cake / Kek Biskut Berkrim

Assalamualaikum semua..

Pernah dengar tak kek tanpa tepung?? Kalau tak pernah meh sini saya nk cerita pasal kek tanpa tepung. Memang senang nak buat kek ni. resepi kek ni terjumpa kat myresepi.com. tp saya modify dia serba sedikit. ;p

Jom kita buat kek ni. Dengan hanya guna cream cracker.

Bahan-bahan:

1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula castor (letak gula biasa pn bole)
4 biji telur
137g Cream cracker ( yg ni sy guna oreo. kalau nk guna apa2 jenis cream cracker pn boleh. oreo ni plak satu paket panjang saiz sederhana tu. kalau tak cukup boleh tambah ikut kesesuai adunan. )

Cara-cara:

1. Pukul sebati mentega dan gula.
2. Setelah kembang masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Pukul lagi sehingga kembang.
4. Kisar cream cracker sehingga hancur.
5. Masukkan cream cracker dalam adunan yg dipukul sebentar tadi.
6. Gaul sebati.
7. Griskan loyang dengan mentega atau minyak supaya senang untuk keluarkan kek bila dah masak nanti.
8. Masukkan adunan dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
9. Bila dah masak keluarkan dari loyang dan sedia untuk dihidangkan.

ini la kek yg saya dah buat. comel ta? hihik

SELAMAT MENCUBA.
=)

Permulaan Baru

Assalamualaikum..


Ruangan blog ni akan digunakan untuk saya meluahkan segala apa yang saya rasa, dan semua yang saya nk share dengan umum. Di harap semua entry yang akan saya post selepas ni takkan mengguriskan hati mana-mana pihak.


Mengenai permulaan baru plak. yes! memang setiap kehidupan perlukan sesuatu yang baru untuk memperbaiki kesilapan masing-masing. Saya cuma berharap akan menjadi seorang yang lebih berguna di masa hadapan dan tidak akan mengecewakan sesiapa, menyakiti hati sesiapa atau pun menghampakan sesiapa. InsyaAllah. Semoga Allah memberkati perubahan ini.


Berkenaan dengan"Call Me Ana" tu plak. (=
Sebenarnya saya suka orang panggil saya Ana. sebab masa sem 1 dulu ada sorang kawan saya ni dengan tak sengajanya panggil saya dengan nama Ana. bila denga macam best plak. tapi kebanyakkan kawan saya tak panggil saya dengan nama tu. jadi, lepas ni kalau ada sesiapa nak panggil saya Ana, silakanlah. sangat dialu-alukan~ wink2!